Monday, March 28, 2011

Dingin

Kita lebih mengenali diri sendiri ketika kita kian membesar.
Akan tetapi, hakikatnya yang lebih aku membesar, yang lebih aku tidak sukakan diri sendiri ini.
Karekter dan personaliti yang teramat tidak menonjol ini.
Kadang kala aku cuba, bersungguh-sungguh, untuk menjadi seorang yang lucu, membuka hati pada orang yang saya panggil "kawan", dan akhirnya disukai ramai.
Namum personaliti itu hanya muncul dalam dunia siber, dunia yang membenarkan kita fikir dulu sebelum membalas sebarang komen, di mana riak wajah tidak diperlukan.

Dalam dunia realiti ini, mungkin aku hanyalah insan biasa, yang selalunya tidak diperasan,
yang wujud sebagai "budak lelaki yang datang dari Malaysia itu", dan itu sahaja




Jelas bahawa malam sudah lewat,
bulan sabit menerangi langit yang asalnya gelap.
Malam yang teramat dingin ini, ingin aku  lelap, dengan mimpi manis yang sudah lama tidak tertemu






Seolah-olah aku belum berlayar ke dunia yang mengisih ini.
Seakan-akan api hangat yang diperoleh dari rumah, belum terpendam.



Selamat malam, rakan, kawan, sahabatku.

No comments:

Post a Comment